Kronologi Covid: Pengalaman Nepal - Malaysia

motor pic cropped.jpg
Photo via COVID Chronicles: A Nepal-Malaysia experience

Kesan pandemik COVID-19 yang dirasai oleh individu dan keluarga di seluruh dunia. Bagi komuniti migran, tekanan emosi dan kewangan yang tegang amat dirasai disebabkan kepada mereka yang dipinggirkan, dan tekanan serta kekecewaan migran itu sendiri.

Dalam komik dan animasi ini, kami telah menemubual secara langsung dengan pasukan penyelidik MIDEQ di Nepal dan Malaysia dan menyesuaikan hasil penemuan mereka dilustrasi kepada sebuah cerita mengenai seorang isteri warganegara Nepal, Aasha, yang suaminya migrasi ke Malaysia untuk bekerja, sejurus sebelum COVID-19 melanda. Dengan menempatkan cerita daripada sudut pandangan Aasha, yang menjaga dua orang anaknya yang masih kecil dan ibu bapa mertuanya yang usianya tua di kawasan luar bandar Nepal, kami meneroka kisah seorang isteri dan ibu yang sering diabaikan di rumah setelah suaminya migrasi. Ilustrasi dilakukan dengan menggambarkan cabaran emosi dan kewangan yang dihadapi oleh keluarga migran, terutamanya ketika situasi wabak pandemik.

Kerjasama yang rapat dengan pasukan MIDEQ Nepal dan Malaysia, kami telah mentauliahkan kepada seorang artis berasal dari Nepal, Neeti Shrestha, untuk mengilustrasikan komik itu. Neeti menggambarkan setiap babak dengan indah kerana pengetahuannya mendalam mengenai Nepal, dia berjaya menganyam dalam setiap babak dengan nuansa budaya, dari pakaian sehingga makanan dan juga bahasa tubuh. Pengumpulan gambar rujukan kami berdasarkan kepada gambar daripada lapangan penyelidikan dan kewartawanan untuk mempersembahkan pengalaman khalayak pekerja migran yang jarang kelihatan di Malaysia. Neeti yang berkemahiran memgambarkan pengalaman kehidupan perkerjaan di kilang dan keadaan kehidupan di asrama.

Rancangan kami untuk menjadikan komik ini yang pertama sebagai rangkaian kronologi Covid yang menyerlahkan kesan wabak pendemik merentasi koridor MIDEQ yang lain dan memberi suara kepada sesetengah cerita yang terpendam di kalangan masyarakat sepanjang wabak pandemik tersebut.

Ulasan mengenai animasi itu, Dr Yeoh Seng Guan, Penyiasat Utama di koridor Nepal-Malaysia MIDEQ berpandangan:

"Komik ini menjadi saksi kepada ketidaktentuan keselamatan manusia dan risiko kesihatan awam yang dihadapi oleh pekerja migran di Malaysia semasa Covid-19".

Dr Anita Ghimire, Penyiasat Utama di koridor Nepal-Malaysia MIDEQ berpendapat:

"Komik itu menggambarkan kerapuhan yang dihadapi oleh pekerja migran Nepal di negara destinasi dan risiko yang terpaksa mereka tanggung untuk memperolehi pendapatan."

Dr Benjamin Worku-Dix, Pengarah, PositiveNegatives berkata:

"Saya sangat teruja kerana kami mempunyai peluang untuk menceritakan kisah penghijrahan yang sering tidak diperkatakan, mengenai golongan mereka yang dipinggirkan, menguruskan kehidupan keluarga rentan dan perjuangan, pengasingan dan emosi yang sering dialami oleh keluarga migran."

Animasi tersebut dapat ditonton di YouTube dengan terjemahan Bahasa Inggeris and Nepalese.

Bahasa Inggeris

Nepalese